Selasa, 17 November 2009

KONVENSYEN BLOGGER PAS 2009


Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.


PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang

Peserta

1. Terdiri dari kalangan ahli PAS yang berdaftar. Pendaftaran awal akan dibuat bagi mengesahkan setiap peserta adalah ahli PAS dan maklumat berikut akan direkodkan. Sila daftar melalui emel atau fax di talian 03-26937227 sebelum tarikh 11 Disember 2009 bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan.

Nama
No. Ahli PAS
No. HP
Alamat Blog
Email

2. Jemputan khas kalangan Blogger Mahasiswa dan Penyokong PAS

Tentatif Program

8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

* tertakluk kepada pindaan
--------------
Kelab Blogger PAS dicadang untuk ditubuhkan dan pengerusinya diletakkan dalam senarai Ahli Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Khamis, 5 November 2009

Keputusan Temuduga Tauliah?




Peristiwa ini berlaku di sebuah negeri entah berentah. Sebuah lembaga temuduga untuk pentauliahan mulai bersidang.

Tempat bersidang:
Bilik indah berhawa dingin.

Ahli persidangan:
19 orang.

Kelayakan Ahli:
1 orang SarjanaMuda Syari'ah; 1 orang SarjanaMuda Usuluddin; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Qur^an; 1 orang SarjanaMuda Pengajian Sunnah; dan 15 orang Sijil 4 Thanawi
(setaraf dengan SPM).

Peserta yang akan ditemuduga:
2 orang (1 berkelulusan Sarjana Perbandingan Fiqah; dan
1 berkelulusan Doktor Falsafah Pengajian Hadith).

Skema soalan temuduga:
Maksud Islam, Iman dan Ihsan; hikmah berpuasa enam; hukum orang yang membuat 'aqiqah memakan sebahagian dari daging 'aqiqah; rukun serta syarat sebuah talqin yang baik; contoh keistimewaan mazhab Syafi'iy berbanding dengan mazhab lain; rasional qunut itu disunatkan; kesesatan golongan wahabi; bla; bla; bla.

Keputusan temuduga:
Semua peserta gagal. 1 orang gagal, kerana jawapan terlalu ringkas. Jawapan hanya dengan ayat-ayat Qur^an dan hadith tanpa terjemahan. Dia menjawab hanya dengan bahasa Arab, tanpa diselangseli dengan bahasa Melayu. 1 orang lagi gagal, kerana tidak menjawab sebarang soalan. Dia hanya sekadar tersenyum sahaja. Belum selesai temuduga, dia dah keluar.

petikan dari : http://siyasahsyariyah.blogspot.com