Isnin, 28 September 2009

Salam AidilFitri

Isnin, 14 September 2009

Delegasi Mufti Perak bawa politik UMNO di Mesir

Oleh : AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009
Destinasi : Mesir, Syria, Jordan

Jamaludin Radzi dan Osman Jailu tersenyum lebar dapat makan angin bersama Mufti Perak di Mesir.

Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.

Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailudan , Jamaluddin bin Mohd Radzi

Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.

Nota - Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

"Mampukah kau ketawa tika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' .

Petikan Dari : http://idhamlim.blogspot.com/

Sabtu, 12 September 2009

BETAPA JAHIL DAN BIADABNYA UMNO



Gambar yang dipaparkan diatas menunjukkan betapa JAHIL dan BIADABNYA UMNO di bulan Ramadhan yang mulia ini..seolah-olah tidak ada rasa sensetif langsung ..seperti yang anda saksikan,kain rentang tersebut terpapar bersama-sama kain rentang iklan minuman keras "TIGER".Banner yang terpapar dengan ucapan BERSAMA KITA MENGHAYATI RAMADHAN DENGAN PENUH KEBERKATAN" merupakan banner yang digantung oleh UMNO BAHAGIAN LEDANG Di salah sebuah kedai cina di simpang empat SUNGAI MATI MUAR.
ADAKAH INI YANG DIKATAKAN PRINSIP 1 MALAYSIA???.

Inilah dia perangai sebenar UMNO yang dikatakan berjuang untuk bangsa dan agama.mereka boleh mencampur adukkan diantara yang halal dan yang haram..,kemulian dan kesucian bulan Ramadhan dicemari dengan Kejahilan mereka.Dahla ejaan jawinya salah..betapa tidak mengambil beratnya UMNO didalam memartabatkan tulisan jawi.

Jumaat, 11 September 2009

Kelebihan Lailatulqadar, Galakan Untuk Mencarinya.


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الَّتِي فِي وَسَطِ الشَّهْرِ فَإِذَا كَانَ مِنْ حِينِ تَمْضِي عِشْرُونَ لَيْلَةً وَيَسْتَقْبِلُ إِحْدَى وَعِشْرِينَ يَرْجِعُ إِلَى مَسْكَنِهِ وَرَجَعَ مَنْ كَانَ يُجَاوِرُ مَعَهُ ثُمَّ إِنَّهُ أَقَامَ فِي شَهْرٍ جَاوَرَ فِيهِ تِلْكَ اللَّيْلَةَ الَّتِي كَانَ يَرْجِعُ فِيهَا فَخَطَبَ النَّاسَ فَأَمَرَهُمْ بِمَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ إِنِّي كُنْتُ أُجَاوِرُ هَذِهِ الْعَشْرَ ثُمَّ بَدَا لِي أَنْ أُجَاوِرَ هَذِهِ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَبِتْ فِي مُعْتَكَفِهِ وَقَدْ رَأَيْتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ فَأُنْسِيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي كُلِّ وِتْرٍ وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ قَالَ أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ مُطِرْنَا لَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِينَ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فِي مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ وَقَدْ انْصَرَفَ مِنْ صَلَاةِ الصُّبْحِ وَوَجْهُهُ مُبْتَلٌّ طِينًا وَمَاءً
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PUASA
BAB : Kelebihan Lailatulqadar, Galakan Untuk Mencarinya, Keterangan Mengenai Waktunya Dan Waktu waktu Yang Lebih Diharapkan Untuk Mendapatkannya