Khamis, 30 April 2009

Presiden Dan Timbalan Presiden PAS Perlu Kalangan Ulama


Presiden Dan Timbalan Presiden PAS Perlu Kalangan Ulama

KUALA KRAI, 30 April (Bernama) -- Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohamad Daud.

"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.



-- BERNAMA

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM

petikan dari http://peguampas.blogspot.com/

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.


Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

Rabu, 29 April 2009

QULLI HAQQ WALAU KAANA MURR(Katakanlah yang Haq walaupun Amat Pahit))

Kerja-kerja bodoh dalam PAS (2) -Oleh Ustaz Nik Abduh

http://nikabduh.wordpress.com/


Salam Kamunting,

1)

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.

Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.

Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.

Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.

Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.

AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.

Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Sekarang masanya saya menjelaskan..

2)

Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?

Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.

Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.

Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.

Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.

Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.

Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.

Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.

3)

Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!

Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.

4)

Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.

Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.

Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.

Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.

5)

Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.

Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.

Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.

Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.

Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana

Isnin, 27 April 2009

2 Tok Guru Kesayangan Ummah

Akhir - akhir ini agak keterlaluan sikap sesetengah dikalangan kita .

Melalui blog , kenyataan akhbar , ucapan di tempat awam , meeting tidak rasmi kedai kopi dan sebagainya jelas kedengaran mereka mengutuk salah seorang dari 2 Tok Guru kesayangan ummah ini .

Kalau musuh yang berbuat demikian , tidaklah menghairankan saya tetapi sangat malang dan cukup menyedihkan apabila ianya dilakukan oleh mereka yang mendakwa kononnya mereka juga anggota gerakan Islam .

Ucapan mereka biadab , tingkah mereka kurang ajar , tanggapan mereka jahat , lidah mereka lancang dan perbincangan mereka langsung tidak beradab , dengan hilai tawa mereka perlekehkan ulama' kita . Saya sungguh sedih dengan perkembangan sebegini . [ bukanlah ulama' itu tidak boleh dikritik tetapi Islam adalah agama yang kaya dengan adab susila atau disiplin yang mesti dipatuhi .]

Tetapi , apabila saya mengamati susur galur penglibatan mereka dengan gerakan Islam ini ternyata mereka adalah seorang yang tidak komited dengan amal Islami dan mereka gagal mengambil sepenuhnya skima pentarbiyyahan daripada manhaj perjuangan parti ini .

Mungkin sebahagian mereka adalah pimpinan tetapi mereka memanjat tangga kepimpinan parti ini melalui populariti peribadi atau kelicikan politik , tidak melalui proses pentarbiyyahan fikrah dan spiritual yang mantap . Biasanya mereka ini sangat memandang jelek kepada aktiviti - aktiviti tarbiyah dan rimas untuk turut sama menyertai gerakkerja kerohanian parti .

Kesannya ialah kepada sikap dan akhlak mereka berjamaah . Mereka menyertai gerakan Islam ini dalam keadaan separa sedar . Antara keinginan untuk berjuang dengan membawa masaalah atau beban kepada jamaah .

Mereka juga gagal memahami disiplin berjamaah dan adab ikhtilaf . Tidak hairanlah apabila berlaku perbedaan pandangan antara 2 tok guru ini , mereka segera berpuak dan menganggapnya sebagai satu perbalahan . Walhal bagi mereka yang berilmu dan bertaqwa , khilaf adalah perkara yang telah berlaku sejak zaman para sahabat rhm dan mereka tanganinya dengan sisplin yang sangat tinggi tanpa meretakkan rasa hormat mereka kepada siapa jua yang berkhilaf dengan mereka .

Jika kita selalu membaca kitab - kitab feqh mahupun kitab - kitab Tayyarat Fikriyah , kita akan dapati khilaf yang begitu banyak dikalangan ulama' , tetapi mereka lalui pengalaman khilaf ini dengan aman berpaksi kepada nilai ilmiah yang bertanggungjawab dan amanah . Malah kita akan temui bagaimana antara satu sama lain mengungkap rasa kagum mereka terhadap ilmu dan taqwa orang yang berkhilaf dengan mereka .

Tiada cemuhan dan celaan melampau kecuali dalam sempadan akhlak dan disiplin yang dibenarkan seperti perbahasan dalam ilmu tajrih wa ta'dil .

Kejahilan turut menyumbang kepada fenomena ini . Biarpun mereka adalah anggota gerakan Islam , kejahilan akan mengheret mereka terjerumus dalam kancah perlecehan akhlak dan sikap sedemikian . Justeru itu , kejahilan dalam apa jua keadaan sekalipun mestilah dibasmi . Kita tidak boleh menerima pemimpin dan anggota gerakan Islam dibiarkan kekal dalam kejahilan . Pada saya kejahilanlah ibu kepada segala masaalah yang timbul .

Tuan Guru Nik Aziz yang saya kenali

Apa pun isu yang timbul , sepatutnya kita bersabar dan tidak segera menari dengan paluan gendang musuh untuk melaga - laga antara kita terutama 2 tok Guru kesayangan ummah ini .

2 Tok Guru ini adalah permata yang tiada tara nilainya kepada ummah . Sewajarnya kita support perjuangan mereka bukan melaga dan menjatuhkan mereka . Sebelum ini saya telah menceritakan sepintas lalu pengalaman juang bersama Tok Guru Hj Hadi yang cukup bagi menampakkan kepada kita betapa sebagai anggota gerakan Islam ini , kita tidak boleh terburu - buru berprasangka terhadapnya

Tiada bezanya nilai yang dimiliki oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Sejak awal sewaktu menuntut di madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh , saya selalu ke kelas Tok Guru Nik Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Ziq di Pulau Melaka dan juga di Dewan Zul [ pejabat PAS ] Kota Bharu .

Saya membesar dengan didikan dan curahan ilmu Ayah Ziq selain guru - guru kesayangan saya yang lain seperti Al marhum Tuan Guru Atiqullah , Tok Guru Ayah Shim , Ustaz Bakar dan Ustaz Rahim di pondok .

Ayah Ziq memang seorang sangat genius dan istemewa. Hujjah dan ilmunya cukup menarik dalam setiap ulasan dan kupasan yang dipersembahkan kepada murid - muridnya . Selain dari hidupnya diabadikan kepada kepada ilmu Ayah Ziq juga mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam dan kukuh keiltizamannya sehingga kini .

Pernah sewaktu saya mengunjungi rumah Ayah Ziq seketika dulu , Ayah Ziq menceritakan pengalamannya sebagai ahli parlimen , seorang diri memandu jauh ke Kuala Lumpur dan seorang diri pula mewakili PAS dalam parlimen ketika itu . Ayah Ziq menghadapi segala fitnah dan tohmahan Barisan Nasional berseorangan di parlimen berbanding hari ini lebih 80 ahli parlimen yang siap menggempur UMNO dan BN .

Ayah Ziq kata , kadang - kadang ana menangis seorang diri ketika memandu mengenangkan penatnya badan dan letihnya jasad mengharungi perjuangan yang sukar dan getir ini . sampai di rumah lewat - lewat malam atau awal pagi selepas memenuhi undangan ceramah di serata negara .

Dulu pastinya tidak seperti sekarang . Apabila kita sampai ke tempat ceramah , kita akan disambut meriah bagai hero atau wira . Dulu kata Ayah Ziq , terkadang orang tak jamu nasi pun , lepas ceramah balik sampai ke rumah lewat malam , isteri pun sudah tidur , masuk ke dapur tidak ada makanan lalu tidur dengan perut lapar dan mengalir air mata sementara ia belum lelap .

Begitulah antara cebisan cerita Ayah Ziq kepada saya [ yang masih segar dan mekar dalam ingatan ] semasa saya mengunjungi Ayah Ziq di rumahnya lebih 18 tahun yang lalu .

Saya cukup menghayati kisah itu kerana saya yang dhaif ini pun cuba meletakkan diri dilandasan perjuangan seperti Ayah Ziq dan saya mula aktif bersama PAS malah mula berceramah sejak usia saya 18 tahun .

Ayah Ziq seorang pejuang yang wara' dan zuhud pula sangat menekuni ibadah . Memandang wajahnya dalam - dalam , membuatkan jiwa kita hidup dan segera insaf atas kealpaan diri . Betapa kalau Ayah Ziq mengungkap kata - kata . Cukup indah dan tinggi nilai hikmahnya . Peribadi Ayah Ziq membuatkan UMNO dan BN lumpuh khas di Kelantan .

Ayah Ziq juga suka menyantuni tok - tok guru yang lain termasuk Ayah Chik yang dianggap tok guru sezaman dengannya . Ayah Ziq pernah menemplak mereka yang memperkecilkan Ayah Chik . Ayah Chik disebut sebagai seorang ulama' besar , lidahnya fasih dan ilmunya tinggi , nak cari seorang sepertinya di Malaysia hari ini tak akan kita temui ... demikianlah kata Ayah Ziq yang masih saya ingat .

Saya percaya , 2 Tok Guru ini sangat ikhlas dalam perjuangan mereka bahkan antara mereka berdua sangat rapat dan saling memahami manhaj perjuangan yang didokong . Tidak mungkin mereka boleh bertelagah . Khilaf mereka dalam pendapat yang bertunjangkan hujjah . Mereka bukan berkelahi atau bergaduh seperti sesetengah orang kita yang bertembung sampai tidak tahu batas akhlak dan hilang nilai persahabatan atau ukhuwwah Islamiyah .

Khilaf ilmi dan hujjah menjadi satu keajaiban para ulama' yang tidak mungkin difahami oleh orang yang jahil . Khilaf menjadi cambahan ilmu yang positif bagi ulama' tetapi sering dibaca pergaduhan dan perbalahan oleh sang juhala' . Akhirnya timbullah para munafik yang akan mengapi - apikan suasana untuk memanmaskan lagi suasana dan kekeliruan bagi masyarakat .

Akhirnya dalam ruang yang terhad ini , suka saya pesan agar jangan sekali - kali kita memberi ruang kepada para juhala' ini membuat onar dalam jamaah . Sebolehnya kita bimbing mereka , jika tidak berkesan , tindakan disiplin perlu dikenakan kepada mereka yang sering menghuru harakan jamaah dengan tindakan mereka yang tidak thiqah kepada pimpinan dan juga tidak wala' kepada jamaah jauh sekali untuk beradab dengan para ulama'.

PETIKAN Dari http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Jumaat, 24 April 2009

Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS

Petikan Dari http://nikabduh.wordpress.com/


Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Khamis, 23 April 2009

MELAKA,PERLIS DAN TERANGGANU AKAN MENDAPAT KETUA BARU?


Tiga negeri Melaka, Perlis dan Terangganu mewakili Selatan, Utara dan Timur Semenanjung dijangka akan mendapat pengerusi perhubungan Umno baru. Keputusan itu dijangkakan akan diumumkan esok selepas Mesyurat Tertinggi Umno di PWTC.

Bermakna Melaka dan Terangganu kemungkinan besar akan diterajui oleh orang baru. Jika ini menjadi kenyataan Dato Seri Muhd. Ali Rustam dan Datuk Ahmad Said boleh memikirkan nasib dan survival politik mereka selepas ini.

Pelantikan pengerusi perhubungan baru yang bukan terdiri daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri merupakan isyarat yang cukup jelas daripada Dato Seri Najib untuk membawa 'pembaharuan' dalam Umno seperti yang dicanangkan. Ini bermakna mereka tidak lagi diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri. Adalah sesuatu yang janggal seperti di Perlis apabila Menteri Besar tidak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri. Kesannya berlaku konflik dalaman seperti api dalam sekam. Maka wujud istilah 'produk haram' seperti yang dilabelkan beberapa pemimpin Umno Perlis kepada Dr. Isa Sabu, Menteri Besar sekarang.

Adakah Ali Rustam dan Ahmad Said akan 'sembah derhaka' jika tidak dipilih sebagai pengerusi perhubungan negeri dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi esok? Sama-samalah kita nantikan episod yang seterusnya.

Apa-apapun pembaharuan dan konsep 'Satu Malaysia' yang cuba dibawa dalam Umno melalui Mesyuarat MT esok semua itu sudah terlambat bagi Umno. Tempoh masa yang diberi lebih setengah abad menerajui negara satu tempoh yang sangat lama yang telah dikhianati dengan pelbagai skandal, kezaliman, penyelewengan, penindasan, rasuah yang semakin membarah dalam negara yang terlalu sukar untuk dimaafkan oleh majoriti rakyat di negara ini.

Petikan Dari http://angkasanuri.blogspot.com/

Ahad, 19 April 2009

CERAMAH MAULIDUR RASUL



CERAMAH MAULIDURRASUL

HARI: SABTU MALAM AHAD

TARIKH: 25 APRIL 2009

MASA: 9.00 MALAM


TEMPAT: MARKAZ PAS SUNGAI PULAI MUAR

ANJURAN: DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MUAR

PENCERAMAH:

1.USTAZ NASARUDDIN TANTAWI (TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT)


2.SDR. SUHAIZAN KAYAT (TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS JOHOR)


SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

Jumaat, 17 April 2009

Zambry dan 6 Adun UMNO (BN) tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Petikan dari http://www.harakahdaily.net/


Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

KENAPA WUJUD LAYANAN BERBEZA DI ANTARA KES ZAMRY DAN KES NIZAR DI MAHKAMAH ?

Pernah tak kita terfikir kenapa perbicaraan yang melibatkan saman dan injuksi yang dikemukakan oleh Dato Seri Ir Nizar Jamaludin dan Speaker V. Sivakumar agak lewat dan bertangguh-tangguh? Manakala kes yang yang melibatkan Datuk Zamry dibicara dan diputuskan begitu cepat dan efisen?

Kes Nizar dan Sivakumar masih lagi diperingkat mahkamah Tinggi manakala kes Zamry terus sahaja dibicarakan di Mahkamah Persekutuan? Adakah ini satu kebetulan atau konspirasi terancang?

Akhbar perdana yang dikuasai oleh Umno@BN begitu mendabik dada dengan keputusan semalam. Menyifatkan sebagai keputusan bersejarah dan menyelesaikan krisis pelembagaan di Perak. Adakah mereka fikir semudah itu? Apakah mereka fikir Speaker yang dipilih hanya tunggul kayu? Bagaimana pula dengan Keputusan Persidangan Dun Perak pada 3 March lalu? Bagaimana pula dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan? Apa yang diputuskan oleh mahkamah semalam sebenarnya hanya menambah lagi kekalutan di tengah-tengah keributan krisis yang melanda Perak sekarang.

Memetik kata-kata Pengerusi DAP Perak,

Mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan mengenai 'Persidangan Bawah Pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campur tangan dalam prosiding Dewan Negeri.

Menurutnya lagi, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.

Dato' Ngeh juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah 'akademik dan tidak perlu'.

( dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com )

Selasa, 14 April 2009

Rusuhan : Kenyataan terdesak Zambry setelah kalah di mahkamah dan Bukit Gantang.

Petikan Dari http://idhamlim.blogspot.com/


Zambry Abdul Kadir hari ini cuba mengulas kenyataan yang didakwanya berbaur ugutan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dalam Harakahdaily yang kononnya lagi ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saya cuba mencari tulisan yang dimaksudkan oleh Zambry tetapi sehingga posting ini saya mula tulis saya gagal mendapatkannya.

Dalam kenyataan Zambry hari ini beliau juga menyifatkan tindakan pemimpin parti pembangkang mengancam mahu mengadakan rusuhan antikerajaan ala Thailand di Perak bagi memaksa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai amat berbahaya.


Zambry berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin pembangkang terbabit itu jelas tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaaan huru-hara dalam masyarakat.

Kalaulah Zambry mengatakan tindakan pembangkang amat bahaya, adakah tindakan Zambry yang merampas kuasa itu tidak merupakan satu bahaya ? malah itulah punca masalahnya di Perak.

"Saya melihat seolah-olah pembangkang merasakan diri mereka begitu berkuasa dalam suasana politik di Perak sehingga mereka boleh melontarkan pandangan dan ancaman seperti itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Bagi saya kenyataan Zambry di atas tidak lebih dari tindakan terdesak yang menafsirkan beberapa kenyataan yang belum jelas maksud dan tujuannya lagi.

Kalaupun Harakahdaily ada menyiarkan tulisan dan pandangan pimpinan PAS yang dikaitkan dengan masalah Thailand yang bergolak sekarang, persoalannya adakah salah sebagai satu ingatan dan kenyataan yang perlu diambil ingatan oleh bukan sahaja pemimpin negara malah seluruh rakyat Malaysia.

Alasannya tidak ada seorang pun pada pandangan saya rakyat Malaysia yang mahu berlakunya pergolakan politik seperti apa yang berlaku di Thailand.

Keamanan dan kesejahteraan sejagat khususnya dalam negara yang kita sayangi ini adalah tonggak perjuangan yang mesti kita pertahankan bersama.

Cuma masalahnya sekarang Zambry mungkin dalam keadaan kelelahan untuk mempertahankan "kerajaan haram" yang diambilnya sejak 6 Februari yang lepas. Tindakannya untuk mendapatkan status halal nampaknya sering mengalami kebuntuan dan simpang siur yang makin rumit.

Maka kenyataannya hari ini perlu diabaikan dan malah satu kenyataan yang tidak berasas dalam keadaan semua warga Perak menikmati keamanan dan kedamaian tanpa mengira bangsa dan agama.

Cuma buktinya rakyat bersatu di Bukit Gantang dan menolak calon parti Zambry, itulah yang menyakitkan !

11 ADUN Tidak Hadir Bimbang Keselamatan Terancam

Petikan dari http://pemudabesut.blogspot.com/


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/ydp%20mppr%20pereksaan%20barisanjpg.jpg

Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu hadir dalam satu sidang media yang diadakan disebuah hotel disini jam 10 pagi hari ini.

Sidang media tersebut diadakan ekoran ‘ugutan bunuh’ yang diterima oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri), Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato’ Rosol Wahid (Ajil).

Rosol berkata mereka tidak akan hadir ke Sidang DUN Terengganu kerana bimbang tentang keselamatan diri mereka. (Gambar - Tengku Baderulzaman memeriksa perbarisan sempena perasmian Sidang DUN Terengganu semalam)

Walau bagaimana pun, ketika Sidang DUN dimulakan semula selepas rehat jam 10.00 pagi tadi, Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) kelihatan duduk di dalam dewan mengikuti Sidang sehingga rehat tengahari ini.

Namun begitu, Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang tidak hadir dalam sidang media di hotel pada pagi tadi, turut tidak hadir dalam sidang DUN.

Walaupun Idris tidak hadir dalam sidang media, Idris berada di tingkat 17 hotel tersebut dan menyertai para wartawan ketika minum pagi selepas sidang media tersebut.

Seorang lagi ADUN, Nawi Mohamad yang tidak kelihatan dalam sidang media di hotel, muncul dipersekitaran sidang DUN tetapi tidak dipastikan samada beliau masuk menyertai sidang DUN yang ditangguhkan sehingga jam 2.00 petang ini.


Kelam kabut sidang ADUN BN dan Sidang DUN Terengganu bermula pada 11 April, Sabtu lalu, apabila Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menegaskan ADUN BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dipecat.

Ahmad berkata demikian ketika ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal, Kemaman.

Usul undi tidak percaya yang diheboh-hebohkan tidak menjadi realiti sehingga sidang hari kedua pada hari ini.

Mesyuarat Kali Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke 11 (Sidang DUN) bermula semalam, setelah dibuka dengan rasminya oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Isnin, 13 April 2009

Terengganu: Esok Undi Tak Percaya!!!

YANG TERKINI : UNDI TAK PERCAYA - HANGAT!!! HANGAT!!! HANGAT!!!

Petikan Dari http://jaranganakmelayu.blogspot.com/

PANAS... baru sebentar tadi, saya menerima SMS dan panggilan telefon daripada sumber yang 70% boleh dipercayai.

SMS yang baru diterima berbunyi :

YB2 BN dijangka akan meneruskan hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap MB semasa sidang DUN esok. Mereka dikatakan telah mendapat restu daripada istana, hanya menunggu lampu hijau daripada Presiden parti. Difahamkan MB telah menghantar SUSK beliau (Menteri Besar 2 @ budak tingkat 16) untuk berunding dengan Harun Taib (Ketua Writ PAS - Manir) dan Tg Hassan (PAS Ladang) bagi mendapatkan sokongan YB2 PAS.

Perkembangan atau tindakan lanjutan hanya menunggu lampu hijau daripada PM @ Presiden parti. Sama-samalah kita tunggu apakah berita ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya esok.

Perkembangan selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERAK DAN TERANGGANU: DUN MANA AKAN DIBUBARKAN DULU?

Petikan Dari http://angkasanuri.blogspot.com/

Terangganu kini masuk dalam senarai DUN yang akan dibubarkan selepas Perak. Sabah dan Sarawak juga bakal berhadapan pembubaran DUN bagi memberi laluan pilihanraya negeri diadakan.

Cuma yang menariknya kita menunggu DUN mana yang akan dibubarkan dulu. Dun Perak akan terbubar dengan sendirinya sekiranya sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh 6 bulan iaitu selewat-lewatnya 24 Mei depan mengikut pelembagaan negeri. Jika sidang Dun 'bawah pokok' diambil kira maka tempoh hayat Dun Perak boleh bertahan sehingga bulan September tahun ini.

Namun, jika sidang Dun bawah pokok tu diterima, bermakna segala keputusan yang dibuat adalah sah mengikut undang-undang. Tetapi saya yakin Umno@BN tidak akan beri 'perkenan' sidang Dun berkenaan.

Di Terangganu telah wujud desas-desus yang kuat akan wujud 'pemberontakan' daripada kumpulan Datuk Idris Jusoh kepada MB sekarang, Datuk Ahmad Said untuk mengemukakan usul tidak percaya. Walaupun dalam tempoh sehingga Rabu ini tidak ada sebarang usul tidak percaya dikemukakan tidak bermakna Ahmad Said boleh menarik nafas lega.Bila-bila masa usul tak percaya boleh dibuat walaupun Datuk Rasol Wahid dalam team Idris Jusoh kata isu itu tidak pernah dibincangkan.

Dalam masa yang sama DUN Sabah dan Sarawak semakin menuju tempoh matang. Dun boleh dibubarkan bila-bila masa dari sekarang. Tetapi dalam keadaan sekarang beranikah kerajaan BN yang memerintah membubarkan Dun di Sabah dan Sarawak?

Jom kita terus berspekulasi, Dun mana yang akan dibubarkan dulu? Dun Melaka?

Ahad, 12 April 2009

GUGURKAN SAMAN TERHADAP PASTI

Petikan Dari http://mutaligat.blogspot.com/

Ayer Keroh : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol menggesa pihak yang mengemukakan saman kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di negeri Melaka supaya menggugurkan semua saman tersebut jika mereka benar-benar cintakan ilmu Islam.

Puhat berkata amat malang bagi pihak yang mengaku Islam dan kononnya memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama cuba mengganggu institusi pendidikan Islam yang amat berjaya di seluruh negara iaitu PASTI.

"Kita hairan mengapa pihak-pihak terbabit cuba menganggu PASTI sedangkan PASTI terbukti menjadi sebuah institusi pra-sekolah terunggul di negara kita malah terbukti ianya bukan sahaja diterima oleh orang Islam malah orang bukan Islam juga turut sama menghantar anak-anak mereka belajar di PASTI".

"Jika pihak terbabit tidak berpuashati dalam segala hal berkenaan PASTI sila tampil ke berjumpa kami Dewan Pemuda PAS dan Jabatan PASTI tetapi bukannya menyaman dan membawa kes ini ke mahkamah seperti yang dilakukan sejak bertahun-tahun dahulu sehingga menganggu pihak pengurusan PASTI untuk menguruskan PASTI." kata Puhat dengan kesal.

Menurutnya, pihak Kerajaan Pusat dan Negeri serta agensi-agensinya patut mengucapkan terima kasih kepada PASTI kerana berjaya melahirkan anak-anak kecil yang berakhlaq dan faham asas-asas agama. Ini berlainan dengan Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan yang kurikulum lebih menjurus kepada nyanyian dan permainan semata-mata.

Beliau mengharapkan kerajaan Negeri Melaka mencontohi kerajaan negeri Selangor yang memberikan bantuan RM50.00 sebulan kepada seorang pelajar Tadika di Selangor bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik di peringkat Pra-Sekolah.

Puhat berkata demikian ketika mengulas tindakan mahkamah yang dikemukakan kepada PASTI yang sudah berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Ancaman Terhadap Orang Yang Suka Menipu Atau Khianat

Petikan Dari http://mujahidfillah.blogspot.com/

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَذَكَرَ الْغُلُولَ فَعَظَّمَهُ وَعَظَّمَ أَمْرَهُ ثُمَّ قَالَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ بَعِيرٌ لَهُ رُغَاءٌ يَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ فَرَسٌ لَهُ حَمْحَمَةٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ شَاةٌ لَهَا ثُغَاءٌ يَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ نَفْسٌ لَهَا صِيَاحٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ رِقَاعٌ تَخْفِقُ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ صَامِتٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ

-رواه مسلم- بَاب غِلَظِ تَحْرِيمِ الْغُلُولِ

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berada bersama kami, baginda menceritakan tentang orang yang suka menipu dan khianat dengan begitu serius. Kemudian baginda bersabda: Pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor unta yang sedang melenguh di atas tengkuknya dan berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kuda yang sedang merengek di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Seterusnya pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kambing yang sedang mengembek di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seorang manusia yang sedang menjerit di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan membawa secebis pakaian yang compang-camping di atas tengkuknya dan dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul sejumlah harta terdiri dari emas dan perak di atas tengkuknya dan berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu.

-Hadis Riwayat Muslim-
-Bab Ancaman Terhadap Orang Yang Suka Menipu Atau Khianat.

Sabtu, 11 April 2009

JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN

PETIKAN dari http://idrisahmad.wordpress.com/

Confirm Mejer Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.

Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.

Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.

Mungkin PM baru letak beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk lawan kekuatan Pas di Kedah. Beliau berada di kawasan Dato’ Seri Azizan Razak, MB Kedah kubu kuat Pas di Kedah. PRU 13 beliau akan lawan di Parlimen Jerai atau lawan Ustaz Azizan Razak di DUN Sungai Limau.

Tidak tahulah saya apa yang Jamil Khir hendak cari. Tidak cukup lagikah gaji dalam Kagat. Kaya macam mana pun mana boleh makan ikan siakap sekali makan tujuh ekor.

Patut beliau kena fikir semua orang agama dalam Umno macam daun kari sahaja. Waktu hendak bagi gulai bau sedap maka daun kari digunakan. Waktu hendak makan, daun kari ditolak ketepi. Macam itulah nasib ustaz dalam Umno dan saya yakin itulah juga akan menimpa beliau sikit hari lagi. Umno guna waktu dia menjadi seleberiti di kaca TV sahaja. Selepas tidak laku lagi balik kampung bawa mesin padi dekat Yan.

Beliau menyertai cabinet masuk waktu kapal Umno sudah hendak karam yang dipimpin Datuk Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem negara selama 22 tahun. Terima jawatan waktu PM yang sampai hari ini tidak berani hendak saman akhbar Perancis yang menuduh beliau dalam kes Antatuya.

Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”

Eloklah wahai Jamil Khir anta tolong baca talqin bersama dengan Tun Dr Mahathir yang mengiringi Datuk Seri Najib di kubur Umno tidak berapa lama lagi.

Jumaat, 10 April 2009

Wajib Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Yang Tidak Maksiat Dan Haram Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Maksiat


عَنْ عَلِيٍّ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ جَيْشًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلًا فَأَوْقَدَ نَارًا وَقَالَ ادْخُلُوهَا فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا وَقَالَ الْآخَرُونَ إِنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَقَالَ لِلْآخَرِينَ قَوْلًا حَسَنًا وَقَالَ لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

-رواه مسلم- بَاب وُجُوبِ طَاعَةِ الْأُمَرَاءِ فِي غَيْرِ مَعْصِيَةٍ وَتَحْرِيمِهَا فِي الْمَعْصِيَةِ

Hadis Sayidina Ali k.w:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan.

-Hadis riwayat Muslim-
-Bab Wajib Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Yang Tidak Maksiat Dan Haram Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Maksiat.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلَّا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan samada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya.