Jumaat, 29 Jun 2007

Demonstrasi Membantah Penganugerahan Sir dan Pengiktirafan Fatah berjaya

Alhamdulillah, demonstrasi yang diadakan pada hari jumaat 29 Julai 2007 berjaya. Demonstrasi yang bermula di Masjid Tabung Haji sebaik sahaja selesai solat Jumaat bergerak ke bangunan kedutaan Britain untuk membantah penganugerahan Sir kepada Salman Rushdie. Di kedutaan Britain, demonstrasi yang di pengerusikan oleh Ustaz Ridwan memberikan ruang kepada Ustaz Idris Ahmad selaku AJK PAS Pusat, Wakil Dewan Ulama dan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat.
Rata-rata para pemidato melahirkan kekesalan atas kebiadaban Kerajaan Britain yang telah menganugerahkan kebesaran yang membawa gelaran Sir kepada Salman Rushdie yang terang-terang telah menghina Nabi Muhammad SAW. Penganugerahan ini jelas merupakan satu agenda yang menghiris perasaan umat Islam seluruh dunia.
Selepas itu, rombongan bergerak ke bahagian kedua dengan berarak ke Kedutaan Amerika bagi membantah tindakan Amerika yang mengiktiraf kerajaan yang dibentuk oleh Fatah dan mengenepikan kerajaan Pilihan Rakyat iaitu HAMAS.
Di Kedutaan Amerika, Ustaz Zulkifli Ismail berpidato mewakili Dewan Ulama, wakil dari GAMIS dan Saudara Salahuddin Bin Ayiub. Kesemua pemidato melahirkan rasa marah atas tindakan Amerika dan Israel yang mengenepikan suara Rakyat Palestin yang telah memilih HAMAS sebagai kerajaan. Tindakan ini jelas satu tindakan yang membunuh demokrasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan