Isnin, 18 Jun 2007

Seorang Aktivis PAS Muar Terlibat Kemalangan

Saudara Nasir Berbaju merah Paling Kanan

Kira-kira jam 9.30 malam semalam, seorang ahli PAS Kawasan Muar, Saudara Nasir ditimpa kemalangan dipercayai dalam perjalanan ke Markas untuk membuat banner ceramah. Kemalangan tersebut berlaku tidak jauh dari Pekan Parit Jawa. Kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal tersebut telah menyebabkan kedua-dua penunggangnya cedera parah. Saudara Nasir telah dibawa ke Hospital Johor Bahru kira-kira jam 3.30 pagi tadi kerana mengalami pendarahan dikepala. Waktu berita ini ditulis, beliau dikatakan sedang menjalani pembedahan di Hospital Sutanah Aminah Johor Bahru.

Seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar mendoakan semoga beliau akan segera sembuh dan juga mendoakan semoga keluarga beliau dikurniakan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan