Ahad, 17 Jun 2007

Gotong Royong Selepas Banjir



Kelihatan Ketua Penerangan PAS Kawasan Muar Sdr Mustapha dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Muar sedang membersihkan parit di Parit Salman

Setelah banjir melanda beberapa kawasan sekitar kawasan Muar baru-baru ini, pimpinan PAS Kawasan telah membuat tinjauan kemusnahan yang berlaku Hasil dari tinjauan tersebut, satu gotong royong telah di atur pada hari Sabtu dan Ahad 16 dan 17 Jun 2007 untuk membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan akibat banjir dan memperbaiki beberapa buah jambatan penduduk yang rosak.

Hasilnya pada tarikh berkenaan UNIT AMAL Kawasan dengan Kerjasama UNIT AMAL Negeri Johor, seramai 40 tenaga AMAL telah membantu membersihkan parit di simpang Parit Salman dan memperbaiki 4 buah jambatan di Pt Nawi, Pt Salman dan Parit Raja

Sekalipun ada kerja yang terpaksa dilaksanakan didalam hujan, namun Alhamdulillah misi hari ini berjaya.

Namun begitu, hanya gambar sewaktu membersihkan parit sahaja sempat diambil dengan menggunakan kamera Hand Phone sahaja kerana moderator turut berada didalam parit bersama sahabat-sahabat Unit AMAL yang lain. InsyaAllah gambar-gambar lain sewaktu membina jambatan akan cuba di upload selepas ini.

Jutaan Terima Kasih kepada sahabat-sahabat AMAL Negeri khususnya kepada Sahabat AMAL Batu Pahat, Seri Gading, Air Hitam, Parit Sulong dan Ledang yang turut bersama dalam gotong royong ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan