Jumaat, 1 Jun 2007

Selamat Berjuang Kepada Saf Kepimpinan Pemuda Pusat

Tahniah diucapkan kepada Saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah dipilih dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 48 yang telah berlangsung pada 30 dan 31 Mei 2007 di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tahniah kepada Yang Berhormat Saudara Salahuddin Bin Ayiub yang sekali lagi di beri amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tahniah juga diucapkan kepada penyandang Kerusi Timbalan Ketua Pemuda pula di isi oleh Ustaz Nasaruddin Hassan@Tantawi setelah dikosongkan oleh Ustaz Idris Bin Ahmad.

Juga ucapan Tahniah kepada pemenang Kerusi Naib Ketua Pemuda, Ustaz Azman Shafawi.

Ucapan tahniah dan selamat berjuang kepada seluruh jawatankuasa yang telah di pilih dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 48.

Ketua : Yang Berhormat Salahudin Bin Ayub
Timb : Ustaz Nasarudin Tantawi
Naib : Ustaz Azman Shapawi
AJK :
1. Ustaz Ahmad Baihaqi
2. Ustaz Ahmad Nazri Chik
3. Saudara Ariffin Deraman
4. Ustaz Kamal Ashari
5. Ustaz Musaddak Ahmad
6. Ustaz Nik Abduh Nik Aziz
7. Ustaz Norazli Musa
8. Ustaz Ridzuan Mohd Nor
9. Saudara Sabki Yusof
10. Ustaz Salehin Mokhyi
11. Yang Berhormat Zaki Ibrahim
12. Ustaz Zulkarnain Bin Zainal Abidin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan