Khamis, 21 Jun 2007

Ya Allah, Selamatkan Kami Dan Keturunan Kami Dari Bala Ini

Membaca berita ini dalam Berita Harian hari ini (Jumaat 22 Jun 2007) membuatkan hati ini tersentuh. Golongan murtad ini kelihatan semakin berani dari sehari ke sehari.
Satu masa dulu, terdengar desas desus usaha menubuhkan persatuan Melayu Kristian di Malaysia. Tidak kita ketahui sehingga hari ini setakat mana kebenaran cerita tersebut, namun yang pastinya hari ini terbukti memang sudah ada orang melayu yang beragama Kristian.
Sebahagian dari masyarakat Melayu hari ini marah kalau kita katakan Melayu tidak semestinya Islam, namun kes-kes NorAishah Bokhari, Azlina Jailani dan mungkin banyak lagi kes-kes lain membuktikan bahawa tanggapan mereka bahawa semua orang Melayu beragama Islam adalah silap.
Persoalannya di pihak kita adalah, apa usaha kita untuk membendung gejala seperti ini dari terus berlaku? Adakah cukup sekadar kita menjadi pemerhati atau sekadar mengeluh bila membaca berita seumpama ini? Apa jaminan bahawa tidak akan ada persatuan seumpama ini di wujudkan di Malaysia?
Selagi gejala murtad ini tidak ditangani secara serius oleh semua terutamanya kerajaan yang memerintah, selagi itulah tidak ada jaminan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku. Jadi bagaimana dengan tanggungjawab kita? Pastikan bahawa kita tidak akan di tanya oleh Allah kelak kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita untuk menghalang gejala ini dari terus berlaku.
Memilih kerajaan yang tidak bersikap serius terhadap Isu murtad bererti kita turut tidak serius dalam menghalang barah murtad ini dari terus berlaku. Ya Allah, selamatkanlah kami dan anak cucu kami dari penyakit ini ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan